Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 29 Jun. - Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin telah menghadiri The 10th Commission Meeting of The Comprehesive and Progressive Agreement for Trans-Pasific Partnership (CPTPP) dan Mesyuarat Menteri-Menteri yang diadakan secara maya baru-baru ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Republik Sosialis Viet Nam, His Excellency Nguyen Sinh Tan, dan dihadiri oleh Menteri-Menteri CPTPP dan Perwakilan daripada Australia, Negara Brunei Darussalam (NBD), Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Republik Singapura, United Kingdom dan Republik Sosialis Viet Nam.
Pada mesyuarat tersebut, para menteri mengesahkan komitmen kolektif mereka terhadap perdagangan global yang terbuka dan adil, persekitaran, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai terasnya.
Menteri-menteri mengalu-alukan kesimpulan penyertaan Costa Rica dan mengambil perhatian tentang kemajuan baik proses akses Uruguay.
Pada masa yang sama, menteri-menteri juga bersetuju untuk memulakan perbincangan persediaan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Republik Filipina dan Republik Indonesia, selaras dengan Prinsip Auckland.
Menteri-menteri seterusnya bersetuju untuk memperdalam kerjasama dalam kemudahan perdagangan dan menggariskan kepentingan memajukan rundingan naik taraf bagi memastikan CPTPP kekal responsif kepada perkembangan global, termasuk pengukuhan perdagangan dan dialog pelaburan dengan ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU).
Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri mengulangi komitmen NBD untuk perdagangan yang saling menguntungkan dan memastikan CPTPP terus memberikan manfaat ekonomi yang bermakna kepada rakyat.
Yang Berhormat menyatakan sokongan berterusan NBD untuk pengembangan selanjutnya perjanjian, terutamanya kerana ia akan menyediakan akses pasaran yang lebih luas untuk pengeksport dan pengguna.
Yang Berhormat juga mengambil perhatian tentang proses penyertaan yang berterusan dengan Uruguay dan mengalu-alukan permulaan perbincangan persediaan dengan UAE, Republik Indonesia dan Republik Filipina.
Semasa mesyuarat tersebut, menteri-menteri secara rasmi mengesahkan Kenyataan Bersama Menteri mengenai Perluasan, Pelaksanaan dan Kerjasama serta Kenyataan Menteri mengenai Keselamatan Tenaga dan Rantaian Bekalan untuk Produk Tenaga Penting dan Produk lain yang terjejas.